Profil SMKBSP


Lokasi
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra (SMKBSP) terletak di Persiaran Seri Putra 1, Bandar Seri Putra. SMKBSP siap dibina pada Disember 2010 dan mula beroperasi pada 1 Januari 2011.

Peta:


View SMK Bandar Seri Putra in a larger map


Sejarah Penubuhan Sekolah
Bandar Seri Putra yang dibangunkan oleh pemaju Bangi Heights Developments telah memperuntukkan tapak untuk pembinaan dua buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah, SMKBSP pada awalnya dijadualkan siap pada Oktober 2009. Akibat beberapa faktor dan masalah kontraktor, kerja pembinaan hanya tamat pada Disember 2010.

Tuan Syed Ismail Syed Mohamad dan En Rozman Hj Abdul Kadir dilantik oleh Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat (PPDHL) sebagai penjaga bagi memantau proses akhir pembinaan terutama dalam penyediaan sekolah untuk menerima kemasukan murid-murid sesi persekolahan 2011. 37 orang guru dihantar dalam proses penempatan guru pertama oleh PPDHL.

Sebelum pelantikan pengetua, pengurusan sekolah dibawah tanggungjawab dan kelolaan Tuan Syed Ismail sebagai Penolong Kanan, Puan Che Tom Ahmad sebagai PK Hal Ehwal Murid dan En Rozman sebagai PK Kokurikulum.

Kehadiran SMKBSP telah dinantikan sekian lama oleh bukan sahaja penduduk Bandar Seri Putra, malahan penduduk Bukit Mahkota dan Bangi. Jumlah murid meningkat secara drastik. Sesi taklumat untuk ibu bapa dan penjaga bagi penubuhan Jawatankuasa Protem PIBG menyaksikan pelantikan Dato' Zakaria Hussin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Protem PIBG.