Sabtu, 4 Januari 2014

Program Orientasi Murid Tingkatan 4 2014

Program Orientasi Murid Tingkatan 4 2014 anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling telah dilaksanakan pada 2 hingga 3 Januari 2014.Program ini bertujuan untuk membantu murid membuat persediaan awal untuk memulakan sesi persekolahan baru.Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program.Antaranya ialah taklimat mata pelajaran elektif yang telah disampaikan oleh Ketua Panitia.Diharapkan murid mendapat maklumat dan pendedahan yang bermanfaat untuk meningkatkan prestasi akademik,kokurikulum dan sahsiah diri terpuji.

 Taklimat mata pelajaran Kimia telah disampaikan oleh Pn Haslizamina Bt Hasan

 En Loganathan sedang menyampaikan taklimat mata pelajaran Sains

 Pn Hartini menyampaikan taklimat mata pelajran Biologi

 Pn Norma Jamadin bersoal jawab bersama murid dalam taklimat mata pelajaran Perdagangan

 Murid-murid kelihatan tekun mengikuti program ini

Pn Mai Shatirah Musa mengendalikan pembahagaian kelas mengikut aliran untuk murid Tingkatan 4



Tiada ulasan:

Catat Ulasan