Isnin, 17 Februari 2014

Program Amalan Guru Penyayang 2014

Sebagai usaha membentuk sistem pendidikan berkualiti, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan program ‘Guru Penyayang’.  Antara lain program ini bertujuan untuk menerapkan amalan penyayang di kalangan para guru dalam melahirkan murid-murid yang berketrampilan,dan berakhlak mulia. Program ini juga diharap dapat membendung salah laku dalam kalangan mereka.
Pelaksanaan ‘Amalan Guru Penyayang’ ini akan dijalankan secara berterusan sehingga menjadi budaya dalam tugasan guru di sekolah. 
 
Sebagai permulaan,majlis Pelancaran Program Amalan Guru Penyayang dan Mentor Mentee 2014 telah dilaksanakan pada 17 Februari 2014.Majlis ini telah dirasmikan oleh Tn Syed Ismail Bin Syed Mohamed iaitu Penolong Kanan Pentadbiran.

 Sebahagian guru-guru SMK Bandar Seri Putra yang memeriahkan majlis pada hari tersebut.

 Gimik pelancaran majlis dengan melepaskan bunting sebagai tanda program ini telah bersedia untuk dilaksanakan pada tahun ini.

 Antara barisan Guru Penyayang SMK Bandar Seri Putra 

 Aktiviti seterusnya ialah memberi penghargaan kepada murid-murid melalui Sambutan Hari Lahir 

 Sebahagian murid yang lahir pada bulan Januari,Februari dan Mac yang telah diraikan

 Selamat Hari Lahir diucapakan.Semoga dimurahkan rezeki dan berjaya dalam kehidupan

 Murid dihargai,guru dihormati

 Wajah gembira dan ceria apabila disuapkan kek hari lahir

Menikmati jamuan makan sempena sambutan bulan kelahiran

Semoga usaha murni ini mampu mencapai objektif pelaksanaan program iaitu:

1.  Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
2.  Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
3.  Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
4 . Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan