Selasa, 23 April 2013

Minggu Teknik dan Vokasional

Minggu Teknik dan Vokasional anjuran Panitia Kemahiran Hidup bermula pada 22 hingga 26 April 2013 di SMK BSP.

Program ini merupakan aktiviti tahunan yang dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran dan meningkatkan kecemerlangan dalam PMR dan SPM. Di samping itu, aktiviti turut bertujuan menjana kreativiti pelajar secara individu atau berpasukan dan mewujudkan semangat kerja berpasukan.

Program ini telah dirasmikan oleh Penolong Kanan, Tuan Syed Ismail Syed Mohamed bagi pihak Puan Pengetua dan bertemakan Kreativiti Menjana Pemikiran Cemerlang 1Malaysia.



Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah:
  • KHB Tingkatan 1 - Kuiz, Rekaan Fesyen
  • KHB Tingkatan 2 - Kuiz, Rekaan Fesyen, Bahan Bantu Mengajar
  • KHB Tingkatan 3 - BBM, Rekacipta Kayu, Pertandingan ERT
  • Perdagangan Tingkatan 4 - Win Lose Draw
  • Perdagangan Tingkatan 5 - Word Search
  • Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 - Persamaan perakaunan
  • Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 - Kuiz
  • Teknik Menjawab Soalan - KHB PMR, Perdagangan SPM, Prinsip Perakaunan SPM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan