Sebagai usaha membentuk
sistem pendidikan berkualiti, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan program
‘Guru Penyayang’. Antara lain program
ini bertujuan untuk menerapkan amalan penyayang di kalangan para guru dalam melahirkan
murid-murid yang berketrampilan,dan berakhlak mulia. Program ini juga diharap dapat
membendung salah laku dalam kalangan mereka.
Pelaksanaan ‘Amalan Guru Penyayang’
ini akan dijalankan secara berterusan sehingga menjadi budaya dalam tugasan
guru di sekolah.
Sebagai permulaan,majlis Pelancaran Program Amalan Guru Penyayang dan Mentor Mentee 2014 telah dilaksanakan pada 17 Februari 2014.Majlis ini telah dirasmikan oleh Tn Syed Ismail Bin Syed Mohamed iaitu Penolong Kanan Pentadbiran.
Sebahagian guru-guru SMK Bandar Seri Putra yang memeriahkan majlis pada hari tersebut.
Gimik pelancaran majlis dengan melepaskan bunting sebagai tanda program ini telah bersedia untuk dilaksanakan pada tahun ini.
Antara barisan Guru Penyayang SMK Bandar Seri Putra
Aktiviti seterusnya ialah memberi penghargaan kepada murid-murid melalui Sambutan Hari Lahir
Sebahagian murid yang lahir pada bulan Januari,Februari dan Mac yang telah diraikan
Selamat Hari Lahir diucapakan.Semoga dimurahkan rezeki dan berjaya dalam kehidupan
Murid dihargai,guru dihormati
Wajah gembira dan ceria apabila disuapkan kek hari lahir
Menikmati jamuan makan sempena sambutan bulan kelahiran
Semoga usaha murni ini mampu mencapai objektif pelaksanaan program iaitu:
1. Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
2. Menginsafi bahawa kehadiran murid
merupakan rahmat kepada sekolah.
3. Menyedari bahawa setiap murid adalah
aset kepada sekolah.
4 . Menghargai sumbangan murid, ibu bapa,
komuniti dan masyarakat kepada sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan