Unit Bimbingan dan Kaunseling

Falsafah Perkhidmatan

Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan  dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan ebrteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

Visi Perkhidmatan

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2015

Misi Perkhidmatan

Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:
  • Menguruskan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan cekap dan berkesan.
  • Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran intelek (IQ), emosi yang tinggi (EQ) dan berakhlak mulia (SQ).
  • Membimbing murid ke a rah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
  • Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.
  • Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan dalam kalangan murid.

Guru Bimbingan dan Kaunseling


Sesi Pagi:


Cr Noor Azyyati bt Kadir
Pendidikan:Sarjana Kaunseling Keluarga, USIM
                  Bacelor Pendidikan Bimbingan & Kaunseling, UPM
Tempoh perkhidmatan: 6 Tahun


Cr Rohana bt Jalal
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan & Kaunseling, UPSI
Tempoh perkhidmatan: 8 Tahun






Sesi Petang:


Puan Rohana bt Maarof
Pendidikan: BSc Kepujian Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling), UTM
Tempoh perkhidmatan: 29 tahun







Puan Siti Hajar Bt Hj Mohd Tahir
Pendidikan: Sarjana Bimbingan dan Kaunseling,UKM
Tempoh perkhidmatan: 32 tahun





Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Kaunseling Individu - Peribadi, Akademik, Keluarga , Kerjaya, Kesihatan dan Dadah
Kaunseling Kelompok - Kelompok Kaunseling, Kelompok Bimbingan, Kelompok Dinamik dan Kelompok Kepimpinan
  • Akademik
  • Kerjaya
  • Psikososial & Kesejahteran Mental
  • Keibubapaan
  • Perkembangan Diri Pelajar
  • Pendidikan Pencegahan Dadah
  • Pendidikan Pencegahan HIV / AIDS
  • Pengurusan dan Pentadbiran

Aktiviti 2013

1 ulasan: